Skip to content

Adab-Adab Sempena Hari Raya Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Pada hari ini, kita semua hidup dalam fenomena yang baharu dan kita perlu saling mematuhi SOP (Standard Operating Procedur) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk kita bersama membendung Covid-19 ini. Kita semua jangan terlalu alpa dengan sekarang ini, kita masih belum menang sepenuhnya. Tidak mustahil kes akan meningkat jika kita tidak ikut peraturan yang ditetapkan. 

Jika kita patuh pada peraturan, mungkin Covid-19 ini akan semakin pulih walaupun kita beraya semasa Aidiladha. Semoga kita tidak wujudkan kluster Aidiladha, kita jaga kita. 

Antara adab-adab sempena hari raya Aidiladha :

1.Disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya).

  • Hukum sunatnya seperti hukum sunat mandi Jumaat kerana Hari Raya ialah hari berhimpunnya manusia. Mana-mana waktu atau tempat yang berlakunya perhimpunan manusia, maka disunatkan mandi.
  • Disunatkan membersihkan diri dengan membuang bulu-bulu pada tubuh, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian serta memakai wangi-wangian.
  • Adapun bagi yang mahu menunaikan ibadah korban, maka bermula pada 1 Zulhijjah disunatkan baginya untuk tidak membuang bulu-bulu pada tubuh dan memotong kuku sehinggalah dia selesai mengerjakan ibadah korban sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Muslim.

2. Disunatkan makan selepas solat sunat

  • Bagi Aidiladha, disunatkan makan selepas solat sunat Aidiladha supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. 

3. Disunatkan berjalan dan melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan ketika pulang. 

  • Tidak menaiki kenderaan melainkan kerana terdapat keuzuran seperti sakit, lemah dan jauh, maka tidak mengapa untuk menaiki kenderaan. Jabir radiyallahu’anhu meriwayatkan, “Nabi Muhammad SAW apabila Hari Raya, Baginda membezakan jalan (pergi melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain). Riwayat Bukhari.
  • Disunatkan ketika pergi ke surau/masjid untuk melalui jalan yang lebih jauh kerana pergi lebih afdhal berbanding pulang. Supaya jalan-jalan yang dilaluinya menjadi saksi atas ibadatnya dan supaya memperbanyakkan pahalanya. Ini disunatkan dalam setiap ibadat seperti Solat Jumaat, Haji dan menziarahi orang sakit.

4. Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya 

  • Walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur). Tujuannya untuk menyaksikan kebaikan, menyertai doa umat Islam dan mendengar khutbah.

5. Menghidupkan malam Hari Raya Aidiladha

  • Dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar. Sayyiduna Abu Umamah radiyallahu’anhu meriwayatkan bahawa, “Sesiapa yang menghidupkan dua malam Hari Raya, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati.” (Riwayat Ibnu Majah)
  • Yang dimaksudkan dengan ‘mati hati’ ialah keghairahan dan cinta terhadap dunia yang meresap masuk ke dalam hati. Ada beberapa pendapat lain; mati hati ialah kufur atau ketakutan pada hari kiamat. Berkenaan hadith ini, Imam an-Nawawi dalam al-Azkar menyebut bahawa status hadith ini dhaif. Beliau menyatakan lagi, “Tetapi hadith-hadith (yang membicarakan tentang) Fadhail (kelebihan amalan) dihukumkan bertasamuh: bertolak ansur padanya.” Hadith dhaif boleh diguna pakai untuk Fadhail dan Targhib wa Tarhib (galakan dan ancaman) selagi mana ia tidak bersangatan dhaifnya atau maudhu’: palsu.

Rujukan :

– al-Muktamad fi al-Fiqh as-Syafie, Dr. Muhammad Az-Zuhaili hafizahullah.

– al-Azkar, Imam an-Nawawi rahimahullah

– Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Cara Menjaga Sikap Saling Menghormati Seluruh Anggota Keluarga

Cara Menjaga Sikap Saling Menghormati Seluruh Anggota Keluarga

Tunjukkan rasa hormat Tidak hanya anak yang harus menghormati orang tua, orang tua juga perlu…
Taubat Tidak Mengira Umur

Taubat Tidak Mengira Umur

Orang yang bertaqwa ini mereka akan meninggalkan dosa-dosa besar dan dosa yang paling besar adalah…
Amalan Yang Dibawa Selepas Kematian

Amalan Yang Dibawa Selepas Kematian

Setiap hari kita mendengar berita ramai yang kembali ke rahmatullah (meninggal dunia), kita pula tidak…
Play Video