Skip to content

Amalan Yang Dibawa Selepas Kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Setiap hari kita mendengar berita ramai yang kembali ke rahmatullah (meninggal dunia), kita pula tidak tahu bila ajal akan menjemput kita. Mungkin esok, hari ini atau dalam masa yang terdekat. Kematian hakikatnya adalah lumrah kehidupan dan rahsia Allah SWT yang tiada siapa pun mengetahuinya. Asbab kematian itu pula berbeza-beza, tanpa mengira latar belakang dan usia.

Bagaimanapun, mengingati kematian bukanlah melemahkan semangat untuk hidup, bahkan menjadikan kita berusaha menjalani kehidupan sebagai Muslim yang lebih baik. Setiap muslim disarankan sentiasa berdoa mendapat kesudahan yang baik dalam kehidupan.

Jika kita meninggal dunia akan ada amalan yang tidak terputus dan akan dibawa sehingga kita meninggal dunia. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”

3 amalan selepas kematian antaranya ialah : 

1.Sedekah jariah 

  • Sedekah atau sumbangan yang mendorong kearah kebaikan tidak akan memutuskan amalan kita malah menambahnya. Contoh sumbangan tersebut ialah sumbangan pembinaan masjid. Walaupun pemberi sedekah telah meninggal dunia, tetapi daripada sedekahnya itu, sebuah masjid dapat dibina dan masjid itu digunakan untuk membuat sesuatu kebaikan. Maka si pemberi hadiah itu turut mendapat pahala sebagaimana dia (orang yang menggunakan masjid) membuat kebajikan.

2.Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain

  • Ilmu seperti ini apabila diamalkan oleh orang yang masih hidup (orang yang kita didik) untuk kebaikan, kita juga turut sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam kubur. Contohnya membaca al-Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al–Quran, dan disebabkan apa yang diajarkan itu membolehkan dia (orang yang belajar) membaca al-Quran dengan betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia mendalami ilmu–ilmu tersebut dengan org lain. Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

3.Doa anak soleh untuk ibu bapanya

  • Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

Oleh itu mari kita bersama-sama untuk memperbanyakkan amalan kita untuk dijadikan bekalan ke akhirat. Semoga pengakhiran kita semua dalam keadaan husnul khotimah.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki