Skip to content

Buka Pintu Hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Pada zaman sekarang ini, kita lihat masyarakat yang mahir membaca al-Quran ini mereka selalu belajar tidak kira kelas yang dianjurkan mesti mereka sertai untuk perbaiki setiap bacaan agar lebih mahir. 

Ada segelintir masyarakat yang masih merangkak-rangkak dalam bacaan al-Quran tapi tidak mahu belajar, kadang sebagai tenaga pengajar mesti rasa kecewa sebab mahu bantu orang yang zero al-Quran tetapi mereka tidak mahu tingkatkan bacaan agar lebih bagus dan bertajwid. 

Jika kita sudah mengajak orang untuk sertai belajar bersama, apabila mereka tidak mahu jangan paksa. Kita lakukan sahaja hal kita sendiri sebab kita sudah jalankan tanggungjawab untuk mengajak saudara untuk belajar menjadi orang mukmin yang berjaya. 

Seorang guru perlu berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk menarik tumpuan pelajar agar sentiasa berikan komitmen yang secukupnya semasa kelas berlansung. Kita dapati zaman sekarang ini gadjet lebih menarik daripada al-Quran sebab itu jika mahu tarik orang lain belajar al-Quran kita perlu buat perkara yang menarik supaya mereka tidak tertarik dengan benda yang melalaikan. 

Zaman yang semakin maju ini, ramai masyarakat kita yang suka belajar secara santai iaitu dipanggil “fun learning” yang dipanggil pembelajaran secara berhibur. Zaman dahulu jika mahu hafal kena fokus tapi sekarang situasi sudah berbeza kanak-kanak menghafal ayat al-Quran sambil bermain. 

Bimbang pada masa akan datang pembelajaran mengenai agama Islam atau fardhu ain ini tidak menjadi tarikan daripada perkara yang melalaikan. Seorang pengajar perlu ada keinginan yang tinggi untuk mengajar, keinginan ini penting agar seorang guru itu tiada halangan dari segi fizikal dan mental. 

Kita perlu berani mencuba untuk belajar, jika kita dengar sahaja ustaz atau ustazah itu membaca al-Quran tidak mendatangkan hasil tanpa kita sendiri yang melatih diri untuk membaca sehingga mahir. Kelas ini datangnya dari guru baru murid, jika guru bersemangat maka pelajar akan jadi lebih semangat untuk belajar. 

Sekiranya kita ini mahir dalam bacaan al-Quran, kita perlu mengajak orang lain untuk sama mahir bersama dengan kita. Semoga kita sentiasa berikan manfaat dan berdakwah untuk mencari redha Allah SWT. Berjaya atau tidak kita hanya serahkan kepada Allah SWT dan mudah-mudahan Allah SWT redha perkara yang kita lakukan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Cara Menjaga Sikap Saling Menghormati Seluruh Anggota Keluarga

Cara Menjaga Sikap Saling Menghormati Seluruh Anggota Keluarga

Tunjukkan rasa hormat Tidak hanya anak yang harus menghormati orang tua, orang tua juga perlu…
Taubat Tidak Mengira Umur

Taubat Tidak Mengira Umur

Orang yang bertaqwa ini mereka akan meninggalkan dosa-dosa besar dan dosa yang paling besar adalah…
Amalan Yang Dibawa Selepas Kematian

Amalan Yang Dibawa Selepas Kematian

Setiap hari kita mendengar berita ramai yang kembali ke rahmatullah (meninggal dunia), kita pula tidak…
Play Video