Skip to content

Dambakan Bidadari Syurga

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Sepanjang kita hidup di muka bumi ini, Allah SWT menyuruh kita beribadat kerana Allah SWT jadikan manusia dan jin untuk beribadat kepada-Nya. Masing-masing menggunakan masa yang diberikan untuk beribadat tanpa melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada kita. Malah orang mukmin akan bantu orang lain, contohnya menolong orang lain membaca al-Quran secara bertajwid dan lancar. Jangan menghalang orang lain melakukan kebaikan kerana ini perbuatan yang jahat.

Kita tolong orang ini bukan untuk kepentingan diri sendiri, mudahan Allah SWT akan rahmati kita sepanjang kita hidup ini. Namun kita selalu ingat, kita masuk syurga bukan dengan amalan ibadat sahaja tetapi dengan rahmat Allah SWT. 

Kita melakukan sesuatu mahukan rahmat dari Allah SWT, jangan kita anggap kita ini banyak amal ibadat kita ini yang terbaik. Apabila kita kasih sayang kepada manusia, kita berharap agar Allah SWT akan kasih kepada kita dan maka makhluk lain juga akan kasih kepada kita contohnya rezeki akan melimpah luah. 

Kita semua ada impian mahu masuk ke dalam syurga dan dikelilingi oleh bidadari dan bidadara syurga. Bidadari adalah kejadian yang bukan manusia dan bukan malaikat, mereka tidak dilahirkan dan tidak pula beranak atau berketurunan.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Waaqiah, ayat 22 hingga 23 yang bermaksud: “Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.”

Penghuni syurga diberi ganjaran nikmat didampingi bidadari kerana akhlak yang ada pada diri mereka selari dengan keindahan akhlak bidadari.

Akhlak manusia dan bidadari menjadi erat dan kuat sehinggakan kemuncak hidupnya menjadi cinta, mahkotanya akhlak, jasadnya jujur serta lisannya puji dan syukur di dalam hidupnya. Bidadari ini menemani penghuni syurga dan tidak liar pandangannya kecuali kepada suaminya sahaja. Setiap penghuni syurga akan ditemani sekurang-kurangnya dua orang bidadari, malah dikatakan juga mereka yang mati syahid di jalan Allah SWT akan didampingi 72 orang bidadari.

Semoga Allah SWT memberi taufik kepada kita untuk beramal dengan amalan yang dapat menyampaikan kepada ridha-Nya dan memasukkan kita ke negeri kemuliaan-Nya. Amin.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki