KEMPEN JUALAN AMAL HARAKI CARE

Firman Allah SWT : –

 

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Ertinya:-

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

us.png

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari kemudian. Alhamdulillah sekali lagi saya panjatkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi atas segala kurniaan-Nya yang tidak terhingga.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk berkongsi info tentang Kempen Jualan Amal Haraki Care yang dianjurkan oleh Kaedah Haraki.

Bersama kita membantu pembangunan masyarakat dan golongan fakir serta  menjadi model kepada generasi yang akan datang supaya tidak melupakan ajaran kitab Allah SWT.

(ZAKARIA BIN DIN @ NASIRUDIN)

Pengasas/Pengerusi UHSB
Usrah Haraki Sdn Bhd

IMPIAN SEBAGAI SEORANG PENGASAS

1.Ingin Mendirikan Yayasan

Antara salah satu impian saya adalah untuk mendirikan satu yayasan dibawah nama Haraki supaya dapat membantu lebih ramai lagi golongan yang memerlukan disamping memberi manfaat kepada orang ramai. Semoga usaha kecil ini membuka ruang untuk kita sama-sama menyebarkan kasih sayang sesama kita.

2.Cemburu Mereka yang Sentiasa Membantu Orang Lain

Ada satu hadis Rasulullah menyatakan :

 

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ

Ertinya:-

Perasaan hasad dengki/cemburu itu dilarang kecuali pada 2 perkara ; dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu Al-Quran dan dia membacanya malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia menginfakkannnya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang.

Cemburu di sini bukanlah bermaksud dengki sehingga nak menjatuhkan tapi sama-sama berlumba untuk berbuat kebaikan dan menyebarkan manfaat untuk orang ramai. 

3.Sentiasa Bersyukur

Sifat syukur perlu ada dalam diri setiap orang mukmin. Saya tertarik dengan satu kata hikmah :-

“Ketika kamu mampu untuk selalu bersyukur atas apa yang telah kamu miliki, Tuhan akan memberikanmu lebih.”

Syukur tak semestinya dengan kata-kata tapi boleh juga diterjemahkan dalam perbuatan seharian contohnya sentiasa sentiasa menjaga ibadat dan banyakkan memberi.

4.Memandaikan Umat Islam Membaca Al-Quran

Ini adalah motto yang saya pegang sejak dari awal penubuhan Usrah Haraki lagi. Antara impian terbesar saya adalah untuk membantu 50,000 orang dewasa celik Al-Quran menjelang 2023. Semoga kempen kali  ini dapat membantu lebih ramai lagi umat Islam di luar sana.

KENAPA HARAKI CARE DIWUJUDKAN?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, pada 2019 sebanyak 904 889 rakyat Malaysia dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar. Berdasarkan statistik ini, menjadi tanggungjawab kepada kami untuk membantu golongan berkenaan dengan mewujudkan program Haraki Care.

PELAKSANAAN KEMPEN JUALAN AMAL HARAKI CARE

  • Kempen Jualan Amal Haraki Care bermula pada 10 Mei 2020
  • Dengan caruman sebanyak RM5 untuk setiap pembelian, dana tersebut kami akan agihkan dan memberi bantuan kepada badan-badan yang memerlukan di seluruh Malaysia. 

PILIHAN PENGASAS KAEDAH HARAKI

  • Setiap pembelian al-Quran akan diberi Kad Ucapan dan dipos bersama (boleh rujuk pilihan design di ruangan pembayaran)
  • Setiap pembelian wakaf, nama pewakaf akan ditulis pada sticker wakaf

(*tertakluk pada terma dan syarat)

Jangan ketinggalan untuk memiliki Al-Quran Waqaf Ibtida’ ini. InshaAllah dapat membantu anda dan orang tersayang memantapkan lagi bacaan Quran.

HARAKI CARE

Sambil-Sambil kita menyumbang untuk pembangunan masyarakat.Semoga usaha kecil kita diredhai oleh Allah.

“Sebarkan Kasih Sayang, Eratkan Jalinan” 

Anda boleh klik link bawah ini untuk membuat penempahan atau klik butang whatsapp untuk hubungi Team Haraki ye. 

Sebarang pertanyaan mengenai HARAKI CARE, anda boleh hubungi khidmat pelanggan kami dengan klik butang whatsapp di bawah:

Copyright © 2020 by Usrah Haraki Sdn Bhd. All right reserved.
Play Video