Skip to content

Hidup Ini Ibarat Roda, Sekejap Kita Di Atas Sekejap Kita Di Bawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Dunia ini Allah SWT uji untuk lihat keimanan kita terhadap-NYA. Jika kita ingin buat sesuatu buatlah selagi hayat masih ada. Lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga kita capai sesuatu yang kita mahukan. Rezeki ini tidak akan datang jika kita tiada usaha.

Sampai suatu masa mulut tak boleh berbicara lagi, kaki tak boleh melangkah, di ikat atas dan bawah, maka bermulalah episod kehidupan sebenar. Mahu berjaya kita sendiri yang memilih untuk sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kejayaan.

Itulah kehidupan. Untuk mengharungi kehidupan, pelbagai rasa kita alami, susah, perit, duka, sakit, senang, gembira, ceria, sedih dan pelbagai lagi. Semakin bertambah usia kehidupan kita, semakin matang lah diri kita.

Apa-apa yang telah berlaku ke atas kita adakalanya membahagiakan, adakala ianya menyakitkan, ada yang membawa keuntungan dan adakalanya membawa kerugian.

Namun setiap keburukkan dan kerugian yang berlaku pasti ada kebaikkan yang tersembunyi. Jadi jangan sekali-kali mengelabah apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada kita.

Kadang-kadang kita akan dapat melihat kebaikkan yang tersirat serta-merta, kadang-kadang setelah sekian lama, baru kita akan sedar dan dapat mengetahui kebaikannya. Itu adalah lumrah alam.

Jadikan setiap apa yang berlaku bukan sahaja pada diri anda, tetapi pada juga diri orang lain sebagai satu pengajaran positif dalam hidup kita, kerana selagi kita hidup. 

Kita mesti belajar, samada daripada pengalaman sendiri, persekitaran dan orang yang berada di sekeliling kita, kerana kita tidak tahu bagaimana nasib kita hari esok. Bersyukur dengan setiap ujian yang diberikan, Allah SWT tidak akan uji hamba-NYA luar dari kemampuan.

  • Segala sesuatu terlaksana dengan takdir Tuhan. Firman Allah SWT :
وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَار

Maksudnya: Dan segala sesuatu itu di sisi Tuhan adalah ketentuan takdir.
(Surah al-Ra’d: 8)

Al-Maragi mengulas: Setiap sesuatu mempunyai batas waktu yang telah ditentukan iaitu tidak lebih dan tidak kurang.

  • Segala sesuatu diciptakan dengan takdir sebagaimana firman Allah SWT:
وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَآئِنُهُۥ وَمَا نُنَزِّلُهُۥٓ إِلَّا بِقَدَرٍ مَّعْلُومٍ

Maksudnya: Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.
(Surah al-Hijr: 21)

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki