Skip to content

Jangan Kejar Dunia !

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Kita lihat pada hari ini, masyarakat yang wujud sama sekali tidak seperti masyarakat dulu. Masyarakat yang ada pada hari ini terlalu mencintai dunia sehingga terlupa akan tujuan kita dilahirkan di muka bumi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah ia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Sewajarnya pada usia 40 tahun, manusia tidak lagi sibuk mengejar urusan dunia atau berasa gembira dengan hal ehwal keduniaan semata-mata dan tenggelam dalam kelalaian diri. Sebaliknya bersedialah untuk menghadapi kematian dan mengubah ketentuan. Memperbanyakkan amalan untuk dibawa ke akhirat kelak. 

Tidak mesti kita sudah lanjut usia baru mahu beribadat, sedangkan kematian tidak mengenal usia. Mulai dengan sekarang tingkatkan amal ibadat dan muhasabah diri untuk lebih dekat dengan Allah SWT.

Qada yang ditetap ketika disuratkan ketika berada dalam kandungan ibu iaitu qada yang tidak baik kepada qada lebih baik. Qada yang lebih baik akan menjamin diri menghuni syurga pada hari akhirat kelak. Maka istiqamah dengan agama dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT

Oleh itu, wahai saudara sesama Islam, marilah kita menuju ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai Allah.

“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.” (Surah an-Najm: ayat 42-44)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print

Program Mengajar Al-Quran Kepada Orang Asli di Masjid Bawong Sungai Siput

Kelas ngaji orang asli yang menggunakan Kaedah Haraki sangat seronok dan teruja apabila dapat bertemu dan belajar secara bersemuka dengan...
Baca..

Program Mari Bermesra Bersama Al-Quran

Program Mari Bermesra Bersama al-Quran yang telah diadakan pada 2 September 2020 yang lalu bertempat di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Bakau Matang, Kuala Sepetang...
Baca..

Ziarah Ke Perkampungan Orang Asli di Pos Legap & Bawong di Gerik,Perak.

Pada 18 dan 19 Sept 2020 yang lalu, Ustaz Zakaria bersama Team Haraki telah ziarah ke perkampungan orang asli di Pos Legap & Bawong di Gerik, Perak. Objektif utama adalah...
Baca..