Skip to content

Pahala Dan Cahaya Al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Hadis Mengenai Pahala Membaca Al-Quran

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”( Hadis Riwayat Buhari)

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (al-Quran) , maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan itu digandakan menjadi sepuluh yang seumpamanya. Tiadalah aku mengatakan, Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf” (Hadis Riwayat Tirmizi)

“Amalan yang paling utama bagi umatku adalah membaca al-Quran” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

“Sesiapa yang membaca al-quran, dengan berdiri (dalam solat) pada sebahagian malam dan siang, dia menghalalkan apa-apa yang dihalalkan al-Quran, dan mengharamkan apa-apa yang diharamkan al-Quran, melainkan Allah mengharamkan dagingnya daripada dibakar oleh api neraka” (Hadis Riwayat Ibnu Ma”sud)

“Tuhan kami tabaraka wa Taala telah berfirman: “Sesiapa disibukkan oleh al-Quran lantaran mengingati Aku dan memohon sesuatu permohonan kepadaKu, nescaya aku anugerahkan kepadanya sesuatu apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Keutamaan Kalamullah atas segala perkataan yang lain itu, adalah seperti keutamaan Allah atas makhlukNya” ( Hadis Riwayat Tarmizi)

Hadis Mengenai Pahala Membaca Al-Quran

“Sinarilah rumah-rumah kamu dengan solat dan membaca al-Quran”(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

“Aku (Abu Dzar) berkata, wahai Rasulullah, berikan aku nasihat. Nabi bersabda:”Hendaklah engkau bertaqwa kepada allah, kerana ia teras bagi semua perkara”. Aku berkata lagi: “Tambahkan untukku ya Rasulullah”. Baginda bersabda: ” Hendaklah engkau melazimkan membaca al-quran, kerana ia cahaya untukmu di bumi dan perbendaharaan untukmu di langit”(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

 
 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki