Skip to content

Tanda-Tanda Penyakit Hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Penentu sifat seseorang datang daripada hati, penyakit yang ada dalam hati setiap orang boleh mempengaruhi sifat dan perbuatannya. . Baik buruknya seseorang berasal dari dalam hatinya. 

Hati yang bersih itu adalah hati yang sejahtera dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Hati juga tempat duduknya syaitan dan keburukan yang disebut juga dengan penyakit hati. Penyakit yang ada dalam hati setiap orang boleh mempengaruhi perilaku dan perbuatannya. Perihal mengenai penyakit hati ini disebutkan dalam firman Allah SWT berikut ini :

وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ

Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir.
(QS At Taubah : 125)

Terdapat 10 perkara tanda-tanda hati yang rosak. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

  1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
  1. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
  1. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
  1. Tidak mempedulikan perintah Allah SWT, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
  1. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
  1. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
  1. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
  1. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
  1. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
  1. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Jagalah hati-hati kita supaya sentiasa sihat, sejahtera dan menjaganya supaya tidak rosak binasa. Jauhilah 10 perkara yang menyebabkan hati kita akan rosak . Jika dah rosak makan masa hendak dipulihkan, maka dari itu teruskan kita mendekati orang soleh, banyakkan berdakwah dan bekerja untuk Islam supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki