Skip to content

Setajam Bilah Pisau, Tajam Lagi Lidah Manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Fitnah adalah satu kesalahan dan perbuatan yang keji dalam kalangan muslim kerana boleh mengakibatkan pecah belah antara saudara serta disentuh banyak oleh Rasulullah SAW dan begitu juga dengan Allah SWT di dalam al-Quran. Ini adalah kerana fitnah bukan sahaja boleh merosakkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan seterusnya negara serta umat. 

Fitnah kini berleluasa, apatah lagi di dalam media sosial, ia ditebar tanpa dapat dikawal dan masyarakat pulang cenderung terperangkap untuk menyebarkannya tanpa menyedari mereka menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah.

Perbuatan ini juga menyebabkan berlakunya pertelagahan di media sosial dan memutuskan sillaturrahim sesama insan dan saudara seagama. Zaman sekarang tidak lagi mempedulikan tata pergaulan yang dianjurkan oleh Islam, sebaliknya mereka hanya terikut-ikut dengan isu semasa di dalam media sosial. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah pembohongan seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis berkenaan menunjukkan bagaimana dosa itu bukan di atas bahu orang yang mencipta berita palsu, tetapi dosa juga merangkumi orang menyampaikan semua berita yang dia dengar sama ada benar atau palsu.

Fitnah itu hukumnya sangat berat, lebih berat daripada ketidaktaatan atau dosa besar. Sebab fitnah itu sendiri berbahaya;

  1. Menimbulkan kesengsaraan

Oleh sebab berita yang disebarkan tidaklah benar, fitnah sangat merugikan terutama bagi orang yang difitnah dan boleh jadi harga dirinya hancur di mata masyarakat dan menjadi bahan cemuhan. Sedangkan bagi yang memfitnah sendiri tidak akan lagi boleh dipercayai dan setiap orang pasti akan menjauhinya.

  1. Menimbulkan keresahan

Oleh sebab fitnah yang disebarkan masyarakat jadi tidak tenang kerana takut. Misalnya, ada yang difitnah menjadi pencuri, pastinya orang akan takut jika suatu saat mereka akan jadi korban.

  1. Memecah kebersamaan dan tali silaturrahim.

Satu fitnah boleh menghancurkan satu bangsa kerana satu fitnah saja boleh menimbulkan berbagai masalah yang akhirnya boleh menjadi seperti lingkaran setan (masalah yang tiada akhir). Padahal keutamaan silaturrahim dalam Islam sangatlah besar.

  1. Dapat mencelakai orang lain

Fitnah lebih kejam daripada pembunuhan, pada kenyataannya itu memang benar. Fitnah umumnya dilatarbelakangi ketidaksukaan atau kebenciaan terhadap orang lain, tidak menutup kemungkinan turut membangkitkan niat jahat berbuat sesuatu yang dapat mencelakai orang lain.

  1. Fitnah merugikan orang lain

Sangat jelas bahawa fitnah banyak memberikan kerugian. Yang paling menyakitkan adalah hancurnya harga diri kerana pada dasarnya setiap manusia pasti ingin dihargai di mata manusia lainnya.

  1. Tanda orang munafik

Ciri-ciri orang munafik yakni; bicaranya dusta, ketika diberi kepercayaan (amanah) jesteru mengkhianatinya, dan melanggar janji.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki