Skip to content

Taubat Tidak Mengira Umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Orang yang bertaqwa ini mereka akan meninggalkan dosa-dosa besar dan dosa yang paling besar adalah syirik kepada Allah SWT. Perbuatan syirik ini cuba kita hindarkan dalam kehidupan ini agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang selalu melakukan dosa besar. Bagi mereka yang selalu melakukan ibadat pada waktu malam besar ganjarannya kerana orang lain tidak nampak amal ibadatnya. 

Jika kita melakukan kesilapan terhadap orang lain, kita perlu memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Sekiranya kita berbuat dosa besar kita perlu bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah SWT.

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. 

Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :

  1. Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
  2. Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
  3. Beramal kebajikan
  4. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
  5. Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat

Jika kita bertaubat mesti ada tujuan, antaranya tujuan taubat adalah: 

  1. Mempeliharakan diri yang suci dari dosa terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak
  2. Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t.
  3. Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna
  4. Mendapat balasan yang baik pada hari akhirat
  5. Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.
  6. Jiwa dan perasaan tenang

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki