Skip to content

Tentang Haraki

Program ini adalah sebagai alternatif dalam membantu umat Islam yang lemah dalam pembacaan al-Quran dengan menggunakan kaedah yang cepat, mudah dan menarik supaya mereka boleh membaca al-Quran bertajwid.

Motto

Oleh kerana belajar dan mengajar al-Quran ini mudah dan cepat berdasarkan firman Allah SWT :

Maka motto kami ialah :

“BERSAMA MEMANDAIKAN UMAT ISLAM MEMBACA AL-QURAN”

USATZ-2020-B-1.png

Ustaz Zakaria Nasirudin
(Pengasas Kaedah Haraki)

Hj. Zakaria bin Din @ Nasirudin berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Tanjung Karang, Selangor. Seterusnya mendapat pendidikan di peringkat menengah di SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang dan SMK Agama Seremban. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Syariah dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat sarjana di UKM Bangi dalam bidang Pendidikan Islam.

Beliau mendapat latihan perguruan (iktisas) di Maktab Perguruan Islam Bangi. Setelah itu beliau berkhidmat sebagai guru di SM Agama Persekutuan Kajang (1990-1996), SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak (1996-1999) dan SMK Agama Kerian, Semanggol, Perak (1999-2005) Pada bulan Oktober 2005 beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Instititut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak.

Beliau banyak membuat penyelidikan terhadap kaedah-kaedah pengajaran al-Quran. Akhirnya pada 2013 beliau berjaya mencipta kaedah baharu yang dikenali sebagai Kaedah Haraki. Kaedah ini telah Berjaya memenangi beberapa Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Peringkat IPGM, Negeri dan Antarabangsa. Pada 23 May 2015 beliau terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2015 dan telah memenangi Anugerah Emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (iTEX 2015)

Kini beliau telah memilih bersara awal sebagai pensyarah dan sekarang menjadi Pengarah Urusan Usrah Haraki Sdn. Bhd.

Kaedah Haraki

SEJARAH PENUBUHAN

Kaedah Haraki telah di cipta pada Mac 2013. Ia bermula apabila Hj. Zakaria Nasirudin cuba mengajar dua orang pelajarnya di IPG Kampus Ipoh Perak yang baru memeluk agama Islam membaca al-Quran. Tanpa diduga kaedah dan teknik yang digunakan telah berjaya membantu dua pelajarnya membaca al-Quran secara bertajwid dalam masa lebih kurang 8 jam. Kemudian beliau telah diminta untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat negeri Perak sempena sambutan Hari Guru JPN Perak 2013. Dalam pertandingan tersebut beliau telah berjaya meraih pingat emas.

Bermula dari kemenangan tersebut beliau telah menyertai beberapa pertandingan lagi di peringkat Antarabangsa 2013 & 2016 dan Asia 2015.

Nama “Haraki” diambil daripada perkataan bahasa arab yang bererti pergerakan. Istilah ini diambil kerana pengajaran al-Quran kaedah haraki bnyak menggunakan pergerakan anggota badan terutama pergerakan tangan. Pergerakan tangan digunakan untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingat pelajaran yang disampaikan samada di peringkat asas itu mengenal huruf hijaiyah hinggalah di peringkat mengenal bacaan bertajwid.

Pembelajaran secara aktif ini menjadikan kaedah haraki lebih menarik dan berkesan.

Mereka Yang Pernah Bersama Kami

Play Video