WAKAF AL-QURAN PERDANA

Firman Allah SWT : –

 

﴿ لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬﴾

سورة آل عمران : ۹۲

Ertinya:-

“ Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

us.png

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari kemudian. Alhamdulillah sekali lagi saya panjatkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi atas segala kurniaan-Nya yang tidak terhingga.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk membantu anda membuat sumbangan wakaf pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Dalam Landing Page ini, saya akan terangkan mengenai Kempen Wakaf Perdana yang dianjurkan oleh Kaedah Haraki.

(ZAKARIA BIN DIN @ NASIRUDIN)

Pengasas/Pengerusi UHSB
Usrah Haraki Sdn Bhd

SERING ADA MASALAH/KEKANGAN UNTUK WAKAF AL-QURAN ?

TAKUT ATAU RISAU

Risau sekiranya kita beli al-Quran di online dan berniat untuk wakaf tetapi wang yang digunakan untuk wakaf disalurkan kepada orang yang tidak bertanggungjawab

TIADA MASA

Sudah beli al-Quran untuk wakaf tetapi tiada masa untuk edar al-Quran yang ingin diwakafkan

TIDAK TAHU

Tidak tahu tempat dimana perlu diwakafkan al-Quran dan tiada pengalaman dalam mengendalikan urusan wakaf

Jangan risau, kami dari Kaedah Haraki akan bantu anda untuk selesaikan masalah wakaf ini. Semoga dengan Kempen Wakaf Perdana ini membuatkan anda tidak perlu khuatir lagi untuk wakafkan al-Quran.

PELAKSANAAN PROJEK WAKAF

Kempen Wakaf Perdana bermula pada 20 March 2020 sehingga 20 April 2020

Al-Quran wakaf yang terkumpul sepanjang kempen ini akan diserahkan pada MVM (Muslim Volunteer Malaysia) untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan

PROSES PENGURUSAN WAKAF

LANGKAH #1

Kutipan Sumbangan Wakaf

Klik : OnlineManual

LANGKAH #2

Pengurusan Wakaf

Klik : OnlineManual

LANGKAH #3

Edaran Wakaf

Klik : OnlineManual

KENAPA PERLU WAKAFKAN AL-QURAN MELALUI HARAKI ?

  • Pembayaran boleh dilakukan secara online dan manual melalui pihak admin
  • Proses yang cepat dan mudah ketika urusan wakaf dilakukan
  • Anda boleh wakaf 1 bahagian sahaja dan mengikut kemampuan anda sendiri. Anda juga boleh wakaf sebanyak mana anda mahukan atau 1 naskah al-Quran juga boleh
  • Anda juga boleh niatkan untuk wakafkan atas nama diri sendiri, ahli keluarga atau sahabat yang telah meninggal dunia.
  • Anda boleh bertanya kepada pihak admin jika ada kesulitan semasa urusan wakaf dan kami akan sedaya upaya bantu anda
  • Saiz al-Quran yang besar iaitu saiz A4, tulisan yang jelas dan senang untuk dibaca
  • Al-Quran yang ringan dan mudah digunakan semasa tadarus
  • Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan
  • Doa Khatam al-Quran dan Asmaul Husna
  • Kaedah Tajwid berwarna berserta panduan setiap hukum tajwid
  • Panduan Adab Terhadap AlQuran
  • Kaedah Tajwid berwarna berserta panduan setiap hukum tajwid

Dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

MVM-1.png

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia  atau dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia.

MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan yang ada ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia. Berpaksikan “Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan”, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk jangkamasa tertentu.

Oleh itu, Usrah Haraki Sdn Bhd menjalankan kerjasama dengan Muslim Volunteer Malaysia untuk kempen Wakaf Al-Quran Perdana ini. Program ini adalah salah satu khidmat sosial daripada pihak Usrah Haraki Sdn Bhd (UHSB). Program ini menyasarkan madrasah-madrasah, masjid-masjid dan juga NGO-NGO. Sebanyak 700 naskah Al-Quran akan diedarkan kepada pihak-pihak yang disebutkan di atas. Jualan Al-Quran Wakaf akan dilakukan oleh pihak UHSB. Jualan akan dibuka selama sebulan bermula 20.03.2020 dan berakhir pada 20.04.2020. Selepas jualan ditutup, pihak UHSB akan menyerahkan sebanyak 400 naskah Al-Quran wakaf kepada pihak MVM bagi diedarkan kepada golongan sasaran MVM sendiri. Semasa edaran Al-Quran tersebut, wakil daripada UHSB akan turut bersama pihak MVM

Jom. Mulakan niat anda untuk wakaf al-Quran hari ini, dengan nilai RM15 sahaja anda boleh wakaf 1 bahagian dan untuk 1 naskah harganya RM60 (maksima 4 nama pewakaf) 

Jangan tangguh lagi, nanti takut anda terlepas peluang untuk sertai Kempen Wakaf Perdana ini. 

Jangan tangguh lagi, nanti takut anda terlepas peluang untuk sertai Kempen Wakaf Perdana ini. 

Anda boleh klik link di bawah untuk buat tempahan wakaf :

Atau pertanyaan

Copyright © 2020 by Usrah Haraki Sdn Bhd. All right reserved.
Play Video