Skip to content

Wanita Hiasan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Islam merupakan satu-satunya agama yang begitu memuliakan kaum wanita. Sebelum kedatangan Islam orang Arab di zaman Jahiliah telah menanam anak perempuan mereka hidup-hidup sama ada sebaik sahaja anak perempuan tersebut lahir ataupun telah meningkat ke usia remaja.

Ini kerana mereka menganggap anak perempuan akan membawa malu serta aib kepada keluarga. Dalam hal ini Allah SWT ada menyebutkan dalam firman-Nya:

“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya, sedang ia sangat marah. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya; adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau iamenanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.

Sejak akhir-akhir ini, amalan jahiliah ini kembali menggegarkan kita. Beberapa insiden yang mengerikan kita semua terutama sekali yang melibatkan anak-anak gadis dan kaum wanita khususnya.

Pembunuhan, penderaan, sindiket pelacuran, pemerkosaan dan sebagainya berlaku di mana-mana. Hal ini tidak cukup sekadar hanya melafazkan kata-kata ‘kasihan’ di bibir tanpa usaha bersungguh-sungguh bagi menghalangnya dari terus berleluasa.

Allah SWT menjadikan segala makhluk di alam ini dalam keadaan berpasangan. Maka diciptakan wanita sebagai pasangan untuk lelaki. Dari segi tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini, Allah SWT tidak membezakan antara lelaki dan wanita dalam hal memberi ganjaran ataupun pahala dalam setiap amal soleh yang dilakukan. Pada sisi Allah SWT, lelaki dan wanita mempunyai peranan yang sama dalam mengatur kehidupan yang sempurna di muka bumi ini. .

Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 97:

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”  

Sesungguhnya, Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah terbukti berjaya mengubah nasib golongan wanita di seluruh dunia, dari lembah kehinaan lalu diangkat kedudukannya yang mulia dan terhormat.

Malangnya masih ada lagi segelintir dari kita yang tidak berlaku adil terhadap wanita. Pandangan dan buah fikiran wanita dianggap sebagai pandangan yang remeh. Segala yang dilakukan oleh wanita sentiasa dipandang serong tetapi masih dianggap baik jika dilakukan oleh lelaki. Lebih dari itu tidak kurang isteri yang didera suaminya sama ada secara fizikal mahupun mental.

Ironisnya, terdapat kaum wanita sendiri yang merelakan diri mereka dieksploitasi dan dijadikan bahan tontonan di mana sahaja. Tatkala Islam mengangkat maruah dan martabat kaum wanita, mereka sendiri yang mencemarkannya. Maka hendaklah kita memimpin anak-anak dan isteri-isteri kita agar mereka tunduk kepada kehendak Allah SWT dan rasulNya. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Berpesan-pesanlah terhadap kaum wanita. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya yang paling bengkok pada tulang rusuk itu adalah yang paling diatas. Manusia telah dijadikan sebagai sebaik-baik kejadian.

Sebagai manusia yang dijadikan berpasangan, kita hendaklah sentiasa menjalankan fungsi masing-masing mengikut kemampuan dan budaya kehidupan berasaskan jantina masing-masing. Ada urusan yang tidak mampu dilakukan oleh kaum lelaki dan ada urusan yang tidak mampu dan tidak sesuai untuk dilakukan oleh kaum wanita.

Kaum lelaki wajib menghormati dan memuliakan kaum wanita dan kaum wanita mestilah tidak mencemarkan kemuliaan mereka dengan membiarkan mereka menjadi bahan eksploitasi kaum lelaki.

Pendedahan aurat dan berpakaian seksi adalah satu bentuk pencemaran terhadap kemuliaan kaum wanita dan merupakan gangguan terhadap ketenangan kaum lelaki. Samada kita seorang wanita ataupun lelaki, kita mempunya tanggungjawab terhadap agama dan negara.

Tanpa iman dan taqwa apalah nilai seseorang individu itu samada dia seorang lelaki ataupun wanita.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on print
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki