Skip to content

Sejarah Disebalik Awal Muharam

Loading

Bagi umat Islam, peristiwa penting yang menandakan permulaan tahun baharu disebut sebagai Awal Muharram atau Maal Hijrah. Peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa tersebut berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah. 

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah berlaku kepada para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Bulan Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.

Hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam.” (Sahih Muslim)

Kalendar Hijrah simbolik kepada perubahan ke arah kebaikan dan azam baharu pada tahun baru. Begitulah sejarah di sebalik Awal Muharram yang menandakan permulaan baharu buat umat Islam. Hijrah ini juga membawa simbolik berubah ke arah kebaikan. Pemilihan bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalendar ini adalah berdasarkan waktu di mana umat Islam baru sahaja selesai mengerjakan ibadah haji. Kepulangan dari mengerjakan Rukun Islam terakhir itu ibarat sebuah permulaan kepada hijrah baru umat Islam.

Loading

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki