Skip to content

5 Kesalahan Biasa Membaca Surah Al-Fatihah

Loading

Surah Al-Fatihah dikenali sebagai Ummul Kitab iaitu pembuka surah. Kebanyakkan orang Islam pasti sudah menghafal surah ini kerana membacanya termasuk dalam salah satu rukun dalam solat. Begitu juga setiap kali kita ingin membaca al-Quran, pasti dimulakan dengan ummul kitab Al-Fatihah.

Namun begitu, tidak semua yang menghafal Al-Fatihah dapat membacanya dengan betul. Percaya atau tidak?

Bahkan ramai antara kita seakan terlupa dan tidak mengambil berat soal pembacaan surah Al-Fatihah dengan betul. Pembacaan surah Al-Fatihah yang sudah menjadi rutin harian ketika menunaikan solat terkadang menyebabkan kita leka untuk menjaga setiap sebutan satu-satu ayat surah tersebut.

Antara kesalahan biasa yang mungkin kita lakukan tanpa kita sedar. Jom sama-sama perbaiki bacaan!

Kesalahan pertama:

Huruf ع ditukar menjadi huruf أ

Untuk ayat kedua dalam surah Al-Fatihah:

الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ

Untuk bacaan kalimah ‘Alamin’ sepatutnya dibaca dengan sebutan huruf ع iaitu tempat keluar huruf ini di tengah kerongkong. Tapi ramai yang membuat kesilapan dengan membaca kalimah tersebut seolah ia ditukar kepada huruf أ iaitu tempat keluar huruf ini di pangkal kerongkong.

Kesalahan Kedua:

Tidak menzahirkan sabdu dalam bacaan إِيَّاكَ

Pada ayat kelima:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Bacaan yang sepatutnya dibunyikan adalah iyyaka. Iaitu seolah ada dua huruf ي.

Bayangkan ejaan kalimahnya begini: إيياك

Kesalahan ketiga:

Bacaan kalimah اهْدِنَا

Pada ayat keenam:

اهْدِنَا الصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيمَ

Kalimah yang dimerahkan sepatutnya dibaca ‘ihdina’, bukan ‘ehdina’. Walaupun kedengaran seperti kesilapan kecil, namun berhati-hati ia boleh mengubah maksud sesebuah ayat.

Kesalahan keempat:

Huruf ق diganti dengan huruf ك

Masih dalam ayat keenam Al-Fatihah:

اهْدِنَا الصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيمَ

Kalimah ‘mustaqim’ sepatutnya dibaca dengan huruf ق. Tidak dinipiskan bacaan menjadi huruf ك seperti ‘mustakim’.

Bacaan kalimah غَيْرِ الْمَغْضُوبِ

Kesalahan kelima:

Untuk ayat ketujuh surah Al-Fatihah:

صِرٰطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّينَ

Kesalahan berlaku apabila huruf ر berbaris bawah dibaca ‘ghoirel’. Sepatutnya dibaca ‘ghoiril’. Walaupun kedengaran remeh dan tidak nampak perbezaan, tapi maksud sesebuah ayat boleh bertukar. Walaupun anda sudah menghafal surah Al-Fatihah dengan baik, jangan sesekali ambil mudah soal makhraj setiap huruf. Silap sedikit, boleh mengubah maksud sesebuah ayat.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki