Skip to content

Lelaki Beriman, Insyaallah Keluarga Bahagia

Loading

Dalam keluarga, lelaki memainkan peranan terpenting bagi memastikan keharmonian, kesejahteraan dan hala tuju keluarga dalam mencapai matlamat hidup yang sempurna dan bahagia.

Selalu menjadi tanya soal kenapa lelaki tidak ramai dalam kelas ngaji ? Mungkin sebab ada keegoan dalam hati atau malu untuk datang ke kelas sebab takut nanti ada orang yang kenal. Nabi SAW ada sebutkan antara tanda akhir zaman ialah “perempuan lebih ramai daripada lelaki”.

Ada kitab menyebutkan antara tanggungjawab suami terhadap isteri ialah isteri berhak dapatkan hak daripada suaminya iaitu suami wajib mengajar ilmu-ilmu fardhu ain. Jangan seronok sahaja untuk berkahwin, lihat orang lain nak kahwin kita juga nak kawin. Tetapi kalau kita rasa tidak boleh bertanggungjawab mengajar dan mendidik isteri fikir dua kali sebelum berkahwin. Kita juga perlu tanya kepada perempuan boleh tidak taat suaminya semasa kahwin dan kalau dia suka berkawan lebih baik bersabar dahulu. 

Jangan terlalu cepat nak kahwin sebab kahwin ini bukan untuk seronok sahaja dan kalau sudah kahwin ada tanggungjawab suami terhadap isteri dan isteri terhadap suami.

Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah suami kena ajar isteri fardhu ain termasuklah haid dan nifas. Walaupun suami tidak keluar haid atau nifas, oleh kerana nanti anda ada anak perempuan dan isteri kena tahu isu haid dan nifas. Suami juga kena ajar aqidah, tentang perintah termasuklah tutup aurat sebab masa akhirat nanti kalau tidak betul caranya kita akan diseret oleh isteri ke neraka.

Tanggungjawab suami sangat berat dalam bab mendidik sebab itu Imam Ghazali menyebutkan bahawasanya antara tanggungjawab batin suami ini bukan sekadar hubungan sulit itu dan Imam Syafie kata tanggungjawab nafkah batin itu ialah memberikan pendidikan agama itulah dinamakan nafkah batin. Nafkah batin bukan tentang hubungan sulit tetapi pelajaran agama yang patut kita berikan kepada isteri tetapi kita lihat yang datang kelas ngaji atau kelas agama yang ramai ialah perempuan. Perempuan pula yang mengajak suami untuk hadiri kelas al-Quran ataupun ceramah.

Hadis Nabi SAW ialah kita sebagai suami perlu belajar mengaji supaya kita boleh betulkan diri sendiri dan lepas itu kita lihat isteri kita tidak boleh mengaji maka kita ajar isteri kita. 

Orang lelaki tidak perlu malu untuk belajar al-Quran sebab ini tanggungjawab orang lelaki atau suami mengajar anak dan isteri. Mudah-mudahan jangan pula bila di akhirat isteri kita seret pergi ke neraka sebab amalan-amalan isteri kecuaian lelaki menyebabkan kita terbabit.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki