Skip to content

Pengambaran RTM slot Syahadah di Kampung Orang Asli

Loading

Pos Kuala Mu, Sungai Siput: Alhamdulillah, rezeki apabila Kaedah Haraki dipelawa oleh RTM untuk pengambaran masyarakat orang asli belajar mengaji dengan menggunakan Kaedah Haraki bagi segmen Syahadah selama 2 hari 1 malam iaitu 24 hingga 25 September 2022. 

Slot Syadahah sudah menjadi sebahagian daripada persiapan menyambut Ramadan dan rutin yang dinantikan buat penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dokumentari Syahadah musim ini membawa penonton menyelusuri keindahan Islam dalam konteks hijrah dan memaparkan perubahan komuniti mahupun individu terhadap cara hidup Islam di Malaysia.

Ustaz Zakaria selaku pengasas Kaedah Haraki terpanggil untuk mengajar masyarakat orang asli belajar mengaji dengan kaedah yang mudah, santai dan berkesan. Ini kerana membantu masyarakat orang asli membaca Al-Quran memerlukan kesabaran dan kreativiti.

Sebelum pengambaran berlangsung, kereta yang dinaiki oleh Ustaz Zakaria dan team tiada angin sehingga memerlukan bantuan orang awam untuk pam angin kereta untuk pergi ke lokasi pengambaran. 

Seusai habis pengambaran bersama RTM Ustaz Zakaria dan team Haraki berkesempatan bertemu dengan NGO lain yang turut serta berada di Kampung Bersah tersebut. Peluang yang ada diguna sebaiknya oleh Ustaz Zakaria untuk memperkenalkan serba sedikit tentang belajar Al-Quran Kaedah Haraki.

NGO ini telah mengadakan  Program Cerapan Bulan dan Bintang bersama anak orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu. 

Akhir sekali, sebelum bertolak balik Ustaz Zakaria dan team haraki berkesempatan untuk singgah ke Kampung Keeb untuk mengajar anak-anak orang asli disitu dan menyampaikan sedikit sumbangan beras dan juga Infak Buku Asas Al-Quran Haraki hasil sumbangan orang ramai. 

Destinasi terakhir, Ustaz Zakaria dan team haraki telah menziarahi Ustazah Nor Hayati iaitu seorang tenaga pengajar orang asli di Kampung Bawong yang menggunakan pendekatan Kaedah Haraki untuk menyampaikan infak Buku Asas Al-Quran Haraki untuk kegunaan anak-anak orang asli dan juga banting ayat-ayat lazim.

Berakhirlah destinasi Ustaz Zakaria bersama team haraki ke Kampung Orang Asli. Semoga mereka boleh membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid. InshaaAllah. Aamin…

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki