Skip to content

Puan Adlina From Zero To Hero Al-Quran

Loading

Puan Adlina berasal dari Pulau Pinang mula mengenali Kaedah Haraki daripada ibu beliau. Puan Adlina seorang yang zero dalam bacaan al-Quran kerana bersekolah di sekolah cina dan mempunyai kekangan dalam belajar agama semasa kecil disebabkan oleh ibu beliau sibuk bekerja. Bagi beliau belajar mengaji al-Quran ini memerlukan pengorbanan untuk saham akhirat.

Tanpa berfikir panjang, beliau membuat keputusan belajar mengaji dengan Kaedah Haraki dan mendaftar Kelas Online Haraki. Disebabkan pandemik covid-19 beliau belajar kelas secara zoom bersama Ustaz Ruzaini. Melalui platform zoom ni juga pelajar boleh berkenalan antara satu sama lain kerana nampak wajah masing-masing. Ustaz Ruzaini juga melayan karenah pelajar dengan baik. Sepanjang belajar bersama, hubungan pelajar dan ustaz menjadi satu family.

Pada mulanya, Puan Adlina berasa pelik dengan Kaedah Haraki apabila mendengar ‘Kisah Si Buncit’ tetapi apabila mula belajar kaedah ini beliau berasa sangat menarik dan senang untuk faham kerana ada tarian. Pada beliau sangat seronok belajar Kaedah Haraki kerana melibatkan pergerakan bukan hanya melalui percakapan. Hasil belajar dengan Kaedah Haraki Puan Adlina yang langsung tidak boleh membaca al-Quran, mudah mengingati hukum-hukum tajwid dan berjaya baca al-Quran bertajwid.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki